Susulan itu, Rusia menunda pertemuan dua hala antara timbalan menteri luar kedua-dua negara yang dijadualkan pada hari ini.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata demikian di Moscow ketika menghubungi Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson melalui telefon semalam.
Sergei turut dilaporkan berkata bahawa tindakan AS sedemikian adalah tidak realistik, menurut buletin laman sesawang Kementerian Luar Rusia.
Sebelum ini, Rusia telah mengemukakan cadangan untuk menormalkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara kepada AS, dan Rusia sedang menunggu respons daripada AS.