Cari:
China Ucap Tahniah kepada Putera Makhota Arab Saudi
2017-06-23 14:35:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China menyampaikan ucapan tahniah kepada putera makhota baharu Arab Saudi, Mohammad bin Salman Al Saud, dan bersedia bekerjasama dengan negara itu untuk menggalakkan hubungan bilateral mencapai kemajuan yang lebih memberangsangkan.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing pada 22 Jun lalu.

Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud menitahkan waris, Putera Mohammad bin Salman Al Saud sebagai putera makhota merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 21 Jun lalu.

Geng Shuang menambah, untuk menjayakan hubungan perkongsian strategik komprehensif, kedua-dua negara diharap dapat bekerjasama untuk melaksanakan secara prakmatik pelbagai persepakatan penting yang dicapai antara pemimpin kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China