Para pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) telah mencapai konsensus untuk memperhebat mekanisme perkongsian maklumat di kawasan sempadan dan antikeganasan siber dalam Sidang Kemuncak EU yang telah diadakan di Brussels, Belgium pada 22 Jun lalu.
Presiden Majlis Eropah (EC), Donald Tusk dalam sidang media selepas persidangan tersebut menyatakan bahawa keganasan masih merupakan ancaman besar bagi keselamatan Eropah. Negara-negara EU sebulat suara bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha mengekang pengganas yang terlibat dalam pertempuran di rantau Asia Tengah dan Barat balik ke rantau Eropah.
EU turut menggesa media sosial mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mencegah penyebaran fahaman keganasan melalui ruang siber. Aplikasi dan perisian baharu untuk mengesan dan memadam kandungan berkenaan secara automatik akan dibangunkan.
Langkah-langkah perundangan juga akan dilaksanakan sekiranya perlu.