Cari:
Pelbagai Pihak Diharap Kembali ke JalanTepat, Tangani Isu Nuklear Semenanjung Korea
2017-06-24 14:58:31 CRI Cetak

Memandangkan isu Semananjung Korea sedang berada pada 'Window Period' yang boleh mencetuskan pelbagai kemungkinan, masyarakat antarabangsa perlu merebut peluang yang sedapat mungkin, giat menggalakkan rundingan damai agar penyelesaian isu tersebut kembali ke jalan tepat dengan seawal mungkin. Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam.

Menurut laporan berkenaan, Duta Besar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) ke India ketika diwawancara oleh media India menyatakan bahawa jika tuntutan berkenaan dipenuhi, negaranya bersetuju mengadakan rundingan tentang menghentikan ujian peluru berpandu nuklear buat sementara waktu. Tuntutan kunci yang disebutnya adalah Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan bersama secara besar-besaran.

Serentak itu, jurucakap Dewan Negara AS menyatakan bahawa DPRK perlu mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Geng Shuang menyatakan bahawa China mengalu-alukan dan menggalakkan semua pendapat dan cadangan yang membantu meredakan permusuhan dan situasi yang tegang, menambah komunikasi dan kesalingpercayaan dan membantu menyambungkan rundingan bagi menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea pada asasnya.

Baru-baru ini, penasihat Presiden Korea Selatan ketika diwawancara oleh wartawan pun menganggap jika latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dengan AS dikurangkan akan membantu meredakan situasi yang tegang pada ketika ini. Geng Shuang menganggap ucapan itu merupakan isyarat yang positif bagi menyelesaikan isu nuklear Semenanjung melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China