Cari:
Rakyat Korea Selatan Protes Penempatan THAAD
2017-06-25 15:07:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Seramai kira-kira 3,000 orang penduduk Korea Selatan mengadakan perhimpunan besar-besaran sebagai protes untuk menggesa pihak Amerika Syarikat (AS) segera menghentikan dan memindahkan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dari Korea Selatan di daerah pusat bandar Seoul, ibu negara Korea Selatan pada petang 24 Jun lalu.

Selepas perhimpunan tersebut, para penunjuk perasaan turut melaungkan slogan dalam demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar AS ke Korea Selatan.

Pihak penganjur perhimpunan tersebut berpendapat isu penempatan THAAD di Korea Selatan patut dibincangkan semula dalam Rundingan Pemimpin Korea Selatan-AS yang dijadualkan diadakan dalam tempoh lawatan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in ke AS dalam masa terdekat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China