Cari:
Serangan Udara Israel terhadap Tentera Kerajaan Syria
2017-06-25 16:24:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran ketenteraan kerajaan Syria untuk membalas dendam kegiatan tentera kerajaan Syria yang membedil Golan Heights di bawah kawalan Israel pada pagi 24 Jun lalu.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Tentera Pertahanan Negara Isarel pada hari itu.

Menurut Jurucakap itu, tiada laporan maut dan cedera akibat serangan tentera kerajaan Syria terhadap Israel kali ini.

Sementara itu, menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA), pihak tentera Syria dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari yang sama menyatakan bahawa tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap sebahagian prasarana dan kawasan perumahan di wilayah Quneitra, Syria semalam.

Pada masa yang sama, bekas sekutu kumpulan pengganas al-Qaeda Syria, Barisan Fateh al-Sham juga melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap wilayah tersebut semalam.

Susulan itu, kenyataan kerajaan Syria turut mengutuk tindakan ketenteraan Israel tersebut adalah tindakan menyokong kumpulan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China