Cari:
Xi Arahkan Segala Usaha Selamatkan Mangsa Tanah Runtuh
2017-06-25 14:51:36 CRI Cetak

Pada pukul 6.00 pagi semalam, insiden tanah runtuh yang berlaku di kampung Xinmo, pekan Deixi kaunti Mao daerah Aba provinsi Sichuan mengakibatkan lebih 100 orang terperangkap dan lebih 40 buah rumah musnah dalam runtuhan batu dan lumpur. Bencana itu turut mengakibatkan aliran sungai Songpinggou tersumbat sepanjang dua kilometer.

Presiden China, Xi Jinping, mengeluarkan arahan supaya pihak-pihak terlibat melakukan apa jua usaha yang diperlukan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, meminimumkan kecederaan dan kematian, mencegah bencana susulan daripada berlaku, menenangkan emosi keluarga mangsa dan membina rumah kediaman sementara untuk mangsa terlibat. Beliau turut menggesa Dewan Negara agar menghantar kumpulan kerja untuk memimpin tindakan menyelamat dan turut menyampaikan rasa simpati kepada mangsa bencana. Serentak itu, Xi menuntut pelbagai kerajaan daerah dan jabatan berkenaan meningkatkan langkah pencegahan bencana alam, dan menjalankan pemeriksaan untuk melenyapkan bahaya yang tersirat demi menjamin keselamatan rakyat.

Perdana Menteri, Li Keqiang, juga mengeluarkan arahan supaya memperhebat tindakan menyelamat dan mencegah bencana susulan daripada berlaku.

Langkah-langkah menyelamat sedang dijalankan dengan teratur di kawasan bencana tersebut pada masa sekarang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China