Cari:
Guterres Sampaikan Simpati kepada Mangsa di Sichuan
2017-06-25 14:54:54 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres melalui jurucakapnya mengeluarkan kenyataan semalam untuk menyampaikan rasa simpati kepada rakyat dan kerajaan China kerana bencana tanah runtuh di Sichuan mengakibatkan kematian dan kecederaan besar.

Dalam kenyataan itu, Guterres mendoakan agar mangsa yang cedera dapat sembuh dengan secepat mungkin. PBB bersedia menghulurkan bantuan dalam kemampuannya kepada China.

Dilaporkan bahawa kira-kira lebih 120 orang terperangkap dalam runtuhan tanah tersebut. Sekarang terdapat lebih 1,000 orang menyertai operasi menyelamat. Selain 15 mayat ditemui, tiga orang telah berjaya diselamatkan dan 320 orang lagi dipindahkan ke tempat selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China