Cari:
Presiden Afghanistan Ditemui Wang Yi
2017-06-25 14:56:28 CRI Cetak

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani telah ditemui Menteri Luar China, Wang Yi di Kabul semalam.

Ghani berkata, Afghanistan yang berkedudukan sebagai penyambung kawasan yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan Koridor Ekonomi China-Pakistan, bersedia meningkatkan kerjasama dua hala dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, bekalan elektrik dan pengangkutan. Negaranya akan terus membanteras kumpulan pengganas Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) untuk memelihara keselamatan bersama kedua-dua negara ini.

Tambah beliau, memupuk semangat persahabatan dengan negara jiran merupakan sasaran utama dalam diplomasi Afghanistan. Maka, negaranya bersedia menjernihkan hubungan dengan Pakistan, namun kedua-dua pihak perlu terlebih dahulu memupuk rasa saling percaya.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi menyatakan bahawa China menyokong kewujudan kedamaian dan pembangunan semula ekonomi Afghanistan. China bersedia memperluas kerjasama pragmatik dengan Afghanistan dalam rangka B&R.

Tambah beliau, sebagai rakan Afghanistan dan juga rakan Pakistan, China menggalakkan kedua-dua negara tersebut membina mekanisme pencegahan dan kawalan krisis bagi menangani hal kecemasan. China menyokong pembinaan mekanisme pertemuan menteri luar China-Afghanistan-Pakistan demi menggalakkan dialog dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China