Cari:
Insiden Kebakaran Lori Tangki di Pakistan
2017-06-26 12:38:27 CRI Cetak

Sebuah lori tangki yang membawa minyak terbalik dan terbakar di kawasan Bahawalpur, provinsi Punjab, timur Pakistan semalam, menyebabkan 140 maut dan lebih 100 lagi cedera. Dalam pada itu, 75 motosikal dan 6 kereta turut musnah terbakar dalam insiden itu.

Setakat ini, kebakaran telah dipadamkan.

Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri, Nawaz Sharif masing-masing menyampaikan simpati atas kejadian ini dan menggesa pihak berkuasa berkenaan merawat mangsa cedera dengan sedaya upaya. Dalam pada itu, Ketua Turus Tentera Darat negara itu, Qamar Javed Bajwa mengarahkan pasukan tentera menyertai operasi menyelamat.

Punca kebakaran masih disiasat.

Menurut media tempatan, kebakaran ini mungkin disebabkan oleh puntung rokok yang dibuang orang awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China