Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab dan wakil-wakil yang akan menyertai Forum Davos Musim Panas 2017 di bandar Dalian, China.
Li yang menyanjung tinggi kerjasama WEF dengan China, menyatakan bahawa sidang tahunan yang bertemakan "Pertumbuhan Inklusif dalam Revolusi Industri Keempat" adalah amat pragmatik.
Beliau menambah, pemulihan ekonomi global memerlukan usaha bersama seluruh dunia. Maka, masyarakat antarabangsa harus meningkatkan penyelarasan dasar makro, menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan, serta menubuhkan
sistem ekonomi global yang lebih saksama, adil dan terbuka.
China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, selain menyediakan suasana perdagangan yang saling menguntungkan kepada syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara.
Menurut Klaus Schwab, dasar-dasar yang diamalkan kerajaan China amat dihargai, dan pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China supaya menyumbang kepada pemulihan ekonomi global.