Cari:
Parti Konservatif dan UDP Capai Persetujuan
2017-06-27 14:48:57 CRI Cetak

Menurut pengumuman pejabat Perdana Menteri Britain, Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) bersetuju untuk menyokong Parti Konservatif dalam isu-isu penting. Ini bermakna DUP akan membantu Parti Konservatif dalam pengendalian kerajaan campuran.

Menurut persetujuan yang dicapai, DUP akan menyokong pendirian Parti Konservatif dalam proses keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit, serta isu keselamatan dan lain-lain. Sementara itu, kerajaan Britain akan menambah peruntukan sebanyak GBP1 bilion (RM 5.18 bilion) kepada Ireland Utara untuk membiayai pembinaan prasarana, perubatan dan pendidikan.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Konservatif, Theresa May menyatakan bahawa keputusan DUP itu dapat menjamin kerajaan Britain kekal kuat, sekali gus bermanfaat bagi kelulusan usul berkaitan Brexit dan keselamatan negara di Dewan Rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China