Cari:
Xi Jinping: Prinsip "Satu Negara Dua Sistem" Pilihan Tepat bagi HK
2017-06-27 15:32:07 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping melawat ke Muzium Negara untuk menyaksikan pameran sempena ulang tahun ke-20 Hong Kong dikembalikan ke tanah air China pada 26 Jun lalu.

Dalam tempoh 20 tahun lalu, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China telah mencapai kemajuan yang membanggakan dengan perkembangan pesat dilihat dalam pelbagai aspek, atas sokongan kerajaan pusat dan Tanah Besar.

Kejayaan tersebut membuktikan bahawa prinsip "satu negara dua sistem" bukan sahaja cara terbaik untuk menangani persoalan tentang kedudukan Hong Kong dari segi sejarah, malah juga pilihan tepat bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran Hong Kong untuk jangka panjang.

Kata Presiden Xi, China akan melaksanakan prinsip "satu negara dua sistem" dengan bersungguh-sungguh dan menyeluruh sambil mematuhi perlembagaan dan Undang-undang Asas Hong Kong untuk terus mendorong kemajuan wilayah tersebut.

Untuk itu, perlunya memupuk perpaduan antara seluruh rakyat China bagi merealisasikan visi untuk tempoh "dua seratus tahun" yang dirancang serta kebangkitan semula bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China