Forum Davos musim panas 2017 dirasmikan di Pusat Persidangan Antarabangsa Dalian semalam. Sidang tahunan yang bertemakan "Pertumbuhan Inklusif dalam Revolusi Industri Keempat" ini mengundang penyertaan kira-kira 2,000 wakil dari 80 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia.
Forum tersebut diadakan berlatarbelakangkan ekonomi dunia mula menunjukkan trend pemulihan, tetapi masih kurang stabil. Maka, cara untuk mempercepat pembangunan ekonomi menjadi perhatian bersama para peserta dan "inisiatif China" juga dinanti-nantikan oleh masyarakat antarabangsa.
Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab menyatakan dalam upacara perasmian bahawa ekonomi China amat dinamik dan berjaya mengekalkan pertumbuhan yang mampan. Ini amat bermanfaat bagi ekonomi sejagat.