Sidang ke-28 Jawatankuasa Tetap ke-12 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China meluluskan pindaan Akta Pencegahan Pencemaran Air, yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.
Menurut pindaan baharu tersebut, liputan sistem pemantauan sungai dan tasik yang sedia ada akan ditambah untuk merangkumi lebih banyak sumber air bagi meningkatkan jaminan keselamatan dan kualiti alam sekitar.
Dalam pada itu, China akan melaksanakan sistem kawalan jumlah pelepasan air kumbahan.
Manakala, jabatan-jabatan bekalan air minum perlu menjalankan pemeriksaan mutu air secara ketat di tempat masuk dan saluran keluar terbabit.
Pindaan baharu itu turut meningkatkan hukuman untuk kesalahan pelepasan air kumbahan secara haram.