Cari:
Forum Davos: Pembangunan Inklusif Jadi Sasaran
2017-06-30 14:33:06 CRI Cetak

Kira-kira 2,000 wakil dari 80 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia berkumpul di bandar Dalian, China untuk menghadiri Forum Davos Musim Panas 2017 pada 27 hingga 29 Jun lalu.

Tema sidang tahunan tersebut, "Pertumbuhan Inklusif dalam Revolusi Perindustrian Keempat".

Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Claus Schwab berpendapat, pembangunan inklusif harus diberi perhatian memandangkan sidang kali ini diadakan berlatarbelakangkan proses globalisasi, terutamanya dalam konteks revolusi industri keempat pada masa ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Syarikat Inovasi BMC, Daniel Castejon, pertumbuhan inklusif amat penting bagi pembangunan lestari. Pada era ini, kita harus pintar memanfaatkan sains dan teknologi yang ada untuk mencipta peluang kerja yang lebih baik, demi masyarakat yang lebih saksama.

Naib Pengerusi Persatuan Industri 4.0 China-Jerman, Luo Jiafu pula menyatakan bahawa revolusi industri keempat mampu mengubah sosioekonomi masyarakat menerusi pembaharuan teknologi digital dan internet. Hubungan ekonomi pelbagai negara akan lebih rapat, malah perdagangan dan pelaburan bebas akan lebih terjamin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China