Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Leung Chung-Ying di Hong Kong semalam.
Xi Jinping menyanjung tinggi prestasi Leung Chung-Ying dalam tempoh lima tahun perkhidmatannya. Beliau menyatakan harapan agar ketua eksekutif itu terus membuat sumbangan untuk mendorong pelaksanaan prinsip "satu negara dua sistem" serta pembangunan negara.
Xi bersama-sama dengan Leung telah menemui wakil-wakil dari badan pentadbiran, perundangan dan kehakiman Hong Kong.
Kata Xi, pelaksanaan prinsip "satu negara dua sistem" terbukti amat berjaya di Hong Kong. Perlembagaan China dan Undang-undang Asas Hong Kong dilaksanakan dengan lancar selepas Hong Kong kembali ke tanah air China. Meskipun pernah dilanda wabak SARS serta krisis kewangan, namun kemakmuran Hong Kong tetap tidak terjejas. Ini membuktikan prinsip "satu negara dua sistem" merupakan pilihan terbaik bagi Hong Kong.
Xi Jinping berharap setiap rakyat prihatin atas kemajuan Hong Kong dan seluruh China, dan terus memberi sokongan kepada ketua eksekutif dan kerajaan wilayah Hong Kong serta mendorong interaksi dan komunikasi antara Hong Kong dengan Tanah Besar, agar generasi muda dapat mewarisi semangat patriotisme demi kesejahteraan dan pembangunan negara.