Cari:
Xi Jinping: "Satu Negara Dua Sistem" Berjaya di HK
2017-07-01 14:54:52 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghadiri jamuan malam yang diadakan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan menyampaikan ucapan semalam.

Beliau menegaskan, perlembagaan China dan Undang-undang Asas Hong Kong dilaksanakan dengan jayanya selepas Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air China dalam tempoh 20 tahun lalu. Pelaksanaan prinsip "satu negara dua sistem" terbukti amat berjaya di Hong Kong. Kerajaan pusat akan terus menggalakan pelaksanaan polisi di Hong Kong mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Beliau berkata, Hong Kong mempunyai pelbagai kelebihan, ia sebagai pusat kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa serta platform penting untuk menggabungkan pasaran Tanah Besar China dengan pasaran antarabangsa.

Prinsip "satu negara dua sistem" membolehkan Hong Kong berkongsi pasaran dan peluang dengan Tanah Besar. Jika kelebihan Hong Kong dapat diperkukuh, wilayah pentadbiran khas itu dapat menggalakkan inovasi tempatan dan meneroka bidang pertumbuhan yang baharu.

Presiden Xi berkata, Tanah Besar sentiasa merupakan sokongan teguh bagi Hong Kong. Asalkan prinsip "satu negara, dua sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong" dan Undang-undang Asas dilaksanakan secara menyeluruh, masa depan Hong Kong yang lebih cerah mesti dapat dicapai.

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China