Cari:
Rusia Lanjutkan Sekatan ke atas Negara Barat
2017-07-01 14:21:14 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani perintah presiden untuk melanjutkan sekatan ekonomi ke atas negara-negara Barat daripada hujung tahun ini ke 31 Disember tahun depan.

Kesatuan Eropah (EU) melanjutkan lagi sekatan ekonomi terhadap Rusia sehingga 31 Januari tahun depan, dengan alasan pelaksanaan Perjanjian Minsk tidak memuaskan, pada 28 Jun lalu.

Amerika Syarikat (AS) dan EU mengambil beberapa tindakan sekatan terhadap Rusia berikutan krisis di Ukraine tercetus. Sebagai tindakan balas, Putin menandatangani perintah presiden, mengenakan sekatan ke atas negara-negara Barat pada Ogos 2014.

Antaranya termasuk menyekat pengimportan hasil pertanian, bahan mentah dan makanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China