Cari:
Serangan Tembakan di Hospital AS, Seorang Maut
2017-07-01 14:30:33 CRI Cetak

Seorang bekas staf Hospital Bronx Lebanon, New York Amerika Syarikat (AS) menyerang hospital tersebut pada petang semalam, menyebabkan seorang doktor terbunuh dan 6 lagi cedera lagi. Penyerang terbabit kemudian membunuh diri.

Menurut Ketua Polis New York, James O'Neill, penyerang yang berbaju kot doktor itu melepaskan tembakan dengan senapang di tingkat 16 dan 17 dalam hospital tersebut, seorang doktor dibunuh di tempat kejadian, dan 6 lagi cedera. Antaranya 5 cedera parah.

Pihak polis telah mengesahkan identiti penyerang merupakan bekas staf hospital itu. Dia pernah cuba membakar diri sebelum bunuh diri dengan senapang.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio berkata kejadian itu bukan serangan ganas.

Pihak polis New York akan menjalankan siasatan lanjut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China