Cari:
Pameran Gambar Ulang Tahun Ke-20 Hong Kong Kembali ke Tanah Air di New York
2017-07-01 14:06:21 CRI Cetak

Pameran gambar untuk menyambut ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air China dirasmikan di Universiti Columbia New York semalam. Pameran itu bertema "sejiwa sehati mencipta masa depan, mengambil peluang baharu".

Pameran ini menunjukkan pesona Hong Kong serta hasil pembangunan yang cemerlang wilayah pentadbiran khas itu dalam tempoh 20 tahun setelah pulang ke pangkuan tanah air.

Simposium yang bertajuk "20 tahun, kejayaan, cabaran dan peluang" turut diadakan. Para pakar dan sarjana telah mengadakan perbincangan tentang kejayaan, cabaran dan hala tuju pembangunan Hong Kong pada masa depan.

Naib Konsul General China ke New York, Cheng Lei ketika merasmikan pameran gambar itu berkata, kerajaan China mengambil alih kedaulatan Hong Kong pada 20 tahun lalu, dan melaksanakan dasar "satu negara, dua sistem" serta "penduduk Hong Kong mentadbir Hong Kong". Ini merupakan peristiwa yang penting bagi orang China dan keturunan Cina di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai satu inovasi dalam pembangunan sistem politik manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China