Ucapan Presiden Xi Jinping dalam perhimpunan menyambut ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali ke tanah air China, yang juga upacara angkat sumpah kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong penggal ke-5, mendapat perhatian umum di dalam dan luar negara. Perantau China dan orang keturunan Cina di seberang laut semasa diwawancara menyatakan, Hong Kong dan Tanah Besar China berkongsi nasib bersama. Dengan sokongan Tanah Besar, prospek Hong Kong pasti lebih cerah.
Naib Pengerusi Persatuan Belia Baharu Hong Kong, Mou Xiang berasa terharu atas polisi kerajaan pusat yang memudahkan pelajar Hong Kong melanjutkan pengajian di Tanah Besar, mencari kerja, membuka perniagaan atau menetap di sana.
Wakil Kongres Rakyat Wilayah Pentadbiran Khas Makau yang juga Presiden Perantau China, Liu Yiliang berkata, pengalaman pelaksanaan prinsip "satu negara, dua sisitem" dalam tempoh 20 tahun terbukti satu percubaan yang berjaya dan merupakan sumbangan istimewa terhadap tamadun manusia.