Cari:
Malam Muzik China di Zurich
2017-07-02 14:15:49 CRI Cetak

Malam Muzik China anjuran Pejabat Konsul Jeneral China ke Zurich, Switzerland diadakan di Zurich baru-baru ini. Persembahan muzik yang dibawakan oleh tiga ahli muzik terkenal China dalam konsert itu mendapatkan penilaian tinggi.

Konsul General China ke Zurich, Gao Yanping menyatakan bahawa lawatan pemimpin China dan Switzerland antara satu sama lain dalam separuh tahun lalu menggalakkan interaksi sosiobudaya dan kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam pelbagai sektor, selain memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini. Hubungan China-Switzerland kini berada dalam keadaan terbaik dalam sejarah. Muzik yang dikenali sebagai bahasa antarabangsa memainkan peranan penting dalam meningkatkan persefahaman dan persahabatan rakyat.

Tiga ahli muzik China yang menetap di Switzerland, iaitu Wang Xiaoming, Zhao Meidi, dan Sun Ting telah membawa pertunjukan violin dan lagu yang bercirikan China kepada para penonton.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China