Bank Rakyat China dan Lembaga Pentadbiran Kewangan Hong Kong mengeluarkan kenyataan bersama yang merasmikan "bond connect" untuk mempergiat kesalinghubungan pasaran bon antara Hong Kong dengan tanah besar China. Antaranya "northbound" akan ditawarkan pada 3 Julai.
Melalui "northbound", pelabur yang layak dari Hong Kong dan luar negara boleh melabur dalam pasaran bon antara bank di Tanah Besar China.
Menurut kenyataan bersama itu, tanah besar China dan Hong Kong akan berdasarkan undang-undang dan peraturan masing-masing mewujudkan mekanisme berkongsi maklumat dan membantu dalam pelaksanaan secara berkesan, merapatkan kerjasama pengawalan demi bersama-sama membanteras tindakan melanggar undang-undang dan peraturan rentas sempadan supaya memastikan projek itu dijalankan dengan lancar.