Cari:
Qatar Tolak 13 Tuntutan
2017-07-03 14:19:42 CRI Cetak

Qatar menolak 13 tuntutan daripada negara-negara yang memutuskan hubungan diplomatik dengannya, kata Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani.

Menurut beliau, tuntutan berkenaan bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kedaulatan Qatar, malah tidak berkaitan dengan antikeganasan.

Baru-baru ini, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir mengemukakan 13 tuntutan menerusi Kuwait, yang perlu dipenuhi oleh Doha dalam tempoh 10 hari.

Antara 13 tuntutan termasuk memanggil pulang pegawai diplomatik di Iran, menghentikan semua kerjasama ketenteraan dengan Iran, menutup stesen televisyen al Jazeera dan menutup pangkalan tentera Turki di Qatar.

Qatar menolak tuntutan tersebut, namun bersedia berdialog dengan syarat tertentu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China