Dalam tempoh separuh pertama tahun ini, jumlah kutipan jualan tiket filem di Tanah Besar China mencatat RMB27 bilion (RM17 bilion), meningkat 10.5% berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.
Pertumbuhan tersebut disebabkan oleh jumlah penonton yang meningkat hampir 8% kepada 781 juta serta semakin banyak filem yang ditayangkan, iaitu 221. Selain itu, jumlah panggung wayang di seluruh China turut bertambah 460 buah.
Kutipan jualan tiket sepanjang tahun ini dijangka akan melebihi RMB50 bilion (RM32 bilion).