Cari:
Xi, Putin Setuju Tingkat Koordinasi
2017-07-04 14:04:08 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, sebaik sahaja tiba di Moscow semalam.

Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu penting yang menjadi tumpuan bersama dan menetapkan hala tuju hubungan bilateral.

Presiden Xi menyatakan bahawa China dan Rusia, selaku rakan kerjasama strategik komprehensif, patut meningkatkan penyelarasan dalam isu-isu penting.

Kedua-dua pihak perlu mengeratkan kerjasama, serta saling menyokong usaha masing-masing dalam mengejar laluan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan negara dan mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Putin menyatakan bahawa Rusia sangat mementingkan hubungan dengan China dan bersetuju dengan saranan tersebut. Interaksi antara pemimpin kedua-dua negara amat penting bagi perkembangan hubungan bilateral.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menggalakkan penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea melalui rundingan, selain menentang penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China