Cari:
Perdagangan China, Rusia Saling Melengkapi
2017-07-04 15:55:37 CRI Cetak

Jumlah perdagangan antara China dan Rusia pada tahun 2016 meningkat 2.2% berbanding tahun 2015. Pada lima bulan pertama tahun ini pula, jumlah tersebut mencatat RMB223 bilion (RM140 bilion), meningkat 33.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Naib Ketua Institut Penyelidikan Pasaran Antarabangsa, Dewan Negara China, Bai Ming berpendapat bahawa China dan Rusia saling melengkapi dalam bidang perdagangan. Pelbagai mekanisme kerjasama antarabangsa, seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, turut menyediakan peluang besar kepada perdagangan bilateral.

Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Alexei Gruzdev menyatakan bahawa kerjasama perdagangan antara Rusia dan China bertambah baik pada tahun ini. Eksport Rusia ke China terus meningkat, bukan sekadar dalam bidang minyak dan galian, malah alat elektromekanik dan produk pertanian. Perdagangan bilateral dijangka mencatat USD80 bilion (RM343 bilion) pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China