Cari:
China, Rusia Gesa Dialog Isu Semenanjung Korea
2017-07-05 12:46:23 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov menandatangani kenyataan bersama mengenai isu nuklear Semenanjung Korea, selepas Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), semalam.

China dan Rusia menyifatkan pelancaran tersebut sebagai melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), yang tidak boleh diterima. DPRK digesa supaya menaati resolusi UNSC dan menghentikan ujian nuklear.

China dan Rusia juga menggesa pihak-pihak terlibat menepati komitmen untuk memulihkan dialog secepat mungkin bagi membolehkan isu nuklear Semenanjung Korea diselesaikan secara tuntas.

Dalam pada itu, AS dan Korea Selatan perlu menghentikan latihan ketenteraan bersama berskala besar kerana cara seumpama itu bukan pilihan yang wajar.

China dan Rusia menentang penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Asia Timur Laut. Sistem tersebut bukan sahaja akan menjejaskan kepentingan keselamatan strategik negara-negara di rantau ini, termasuk China dan Rusia, malah tidak kondusif bagi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas nuklear serta kedamaian dan kestabilan serantau.

Negara-negara berkaitan digesa menghentikan penempatan sistem tersebut, dan duduk berdialog demi keselamatan dan keseimbangan strategik serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China