Cari:
China, Rusia Komited Perkasa Kerjasama
2017-07-05 11:41:16 CRI Cetak

China komited untuk memperkasakan kerjasama dengan Rusia, dan yakin mampu menangani cabaran global melalui sinergi.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev di Moscow semalam.

Xi berkata, kerjasama ekonomi antara China dan Rusia bertambah rancak hingga membuahkan hasil memberangsangkan, meskipun dalam situasi ekonomi global yang masih lembap.

China dan Rusia perlu terus saling menyokong, saling membuka pintu dan memperluas kerjasama demi pembangunan bersama serta keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Medvedev pula menyatakan bahawa perkongsian kerjasama strategik komprehensif Rusia-China bersesuaian dengan kepentingan rakyat, bahkan bermanfaat bagi keamanan dan pembangunan dunia.

Rusia bersedia mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, selain memperluas kerjasama bilateral dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, tenaga, pertanian, pembuatan kapal terbang, infrastruktur dan perkapalan Artik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China