Presiden China, Xi Jinping tiba di Berlin semalam untuk memulakan lawatan rasmi ke Jerman.
Dalam ucapan bertulis yang disiarkan selepas ketibaan, Xi menyatakan bahawa kerjasama antara China dan Jerman menguntungkan rakyat, sekali gus menjadi teladan untuk mendorong kerjasama China dan Asia dengan Eropah.
Sebagai entiti ekonomi utama dunia, China dan Jerman yang mempunyai banyak kepentingan bersama, berkewajipan untuk menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran dunia.
China bersedia bersama-sama Jerman menjayakan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, dan menyuntik momentum baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia dengan mengutamakan keterbukaan, kerjasama dan menang-menang.