Cari:
Respons Qatar Undang Kemarahan
2017-07-06 11:26:36 CRI Cetak

Menteri Luar Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain dalam kenyataan bersama di Kaherah semalam menyatakan rasa tidak puas hati atas respons Qatar terhadap 13 tuntutan daripada empat negara tersebut.

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry dalam sidang akhbar selepas bermesyuarat dengan rakan sejawat dari tiga negara lain, menyifatkan respons Qatar sebagai "negatif dan tidak bermakna".

Beliau menyatakan bahawa sokongan Qatar terhadap keganasan dan ekstremisme tidak boleh diterima. Satu lagi rundingan akan diadakan di Bahrain untuk membincangkan langkah seterusnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China