Cari:
Kerjasama China, Jerman Signifikan
2017-07-06 14:41:16 CRI Cetak

China dan Jerman perlu meningkatkan kesalingpercayaan strategik, menyelaraskan strategi pembangunan dalam segenap aspek, memperkaya pertukaran sosiobudaya, memperkasakan kerjasama antarabangsa, sekali gus melonjakkan kerjasama bilateral ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian saranan Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Berlin semalam.

Presiden Xi menyatakan bahawa selaku entiti ekonomi utama dan gergasi perdagangan yang berpengaruh di rantau masing-masing, kepentingan China dan Jerman memperkasakan kerjasama lebih menonjol dalam dunia yang sedang mengalami perubahan ketara ini.

Steinmeier pula menyatakan bahawa Jerman bersedia mengukuhkan kerjasama dengan China dalam rangka multilateral seperti Kumpulan 20 (G20), dan bersama-sama memelihara kedamaian dan mendorong pembangunan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China