Cari:
Jepun Perlu Hargai Keamanan
2017-07-08 16:33:18 CRI Cetak

7 Julai lalu merupakan ulang tahun ke-80 tercetusnya Peristiwa Jambatan Marco Polo, yang menandakan permulaan pencerobohan Jepun terhadap China.

Pada hari itu, sebahagian rakyat Jepun mengadakan seminar dan perhimpunan untuk menggesa seluruh masyarakat Jepun meneliti sejarah dengan tepat dan menghargai keamanan.

Pengerusi Persatuan Jepun-China, Shinichiro Shiranishi dalam seminar itu berkata, Jepun mesti mengakui sejarah pencerobohannya dan menunaikan persepakatan yang dicapai antara Perdana Menteri Shinzo Abe dengan Presiden China, Xi Jinping semasa Sidang Kemuncak Pemimpin APEC di Beijing pada 2014.

Sementara itu, lebih seratus rakyat Jepun berhimpun di depan bangunan Parlimen untuk menyeru agar iktibar daripada perang tidak dilupakan bagi mengelak tragedi sejarah daripada berulang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China