Cari:
BRICS Digesa Galak Ekonomi Terbuka
2017-07-08 16:37:34 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menggesa para anggota BRICS meningkatkan sinergi dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka demi kemakmuran bersama.

Gesaan itu dibuat dalam pertemuan tidak rasmi pemimpin BRICS yang dipengerusikannya, sebelum Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, Jerman semalam.

Turut hadir, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, Presiden Brazil, Michel Temer, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Pemimpin lima negara tersebut bertukar-tukar pendapat tentang situasi ekonomi dan isu-isu lain yang menjadi tumpuan G20, serta mencapai persepakatan untuk mengukuhkan penyelarasan dan bergabung tenaga bagi membaiki tadbir urus ekonomi global dan mendorong pembangunan mampan.

Xi menyatakan bahawa sebagai anggota penting G20, negara-negara BRICS perlu menyokong Jerman dalam penganjuran Sidang Kemuncak G20 kali ini.

Tegas beliau, pertemuan pemimpin BRICS akan diadakan di Xiamen, provinsi Fujian China dua bulan lagi. Kini, kerja-kerja persiapannya berjalan dengan lancar.

Para pemimpin turut menyatakan kesediaan untuk bersama-sama China menjayakan pertemuan di Xiamen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China