Cari:
China, Britain Komited Perkasa Kerjasama
2017-07-08 16:23:50 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May di Hamburg, Jerman semalam.

Presiden Xi dalam pertemuan itu menegaskan bahawa kesalingpercayaan strategik merupakan asas bagi hubungan China-Britain.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak perlu berpegang kepada prinsip saling menghormati dan sama rata serta menghormati kepentingan teras satu sama lain, di samping terus meneroka potensi kerjasama termasuk dalam bidang kewangan dan tenaga nuklear.

Theresa May pula berkata, Britain komited mengembangkan perkongsian strategik komprehensif dengan China. Britain mengutamakan pengaruh China dalam urusan antarabangsa yang penting, dan menganggap bahawa kedua-dua pihak mempunyai kepentingan bersama dalam banyak bidang.

Tambah beliau, Britain bersedia memanfaatkan mekanisme dialog peringat tinggi yang sedia ada bagi memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, sosiobudaya dan keselamatan, di samping merapatkan koordinasi dalam isu-isu penting antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China