Cari:
Gulangyu Disenaraikan Warisan Dunia UNESCO
2017-07-09 14:35:39 CRI Cetak

Gulangyu di provinsi Fujian, China disenaraikan sebagai warisan budaya dalam persidangan ke-41 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang diadakan di Krakow, Poland semalam. Dengan ini, China telah mempunyai 52 tapak warisan dunia.

Jawatankuasa tersebut menyifatkan Gulangyu sebagai tempat istimewa yang menjadi saksi pertembungan, interaksi dan pergabungan pelbagai budaya.

Bangunan di pulau itu telah menggabungkan ciri-ciri seni bina klasik China, Asia Tenggara dan Eropah, yang turut diterapkan unsur pelbagai budaya disebabkan kemajmukan penduduk, hingga mewujudkan gayanya yang tersendiri.

Gaya seni bina Gulangyu juga memberi pengaruh kepada Asia Tenggara, bahkan wilayah yang lebih jauh lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China