Cari:
G20 Sokong Perdagangan Bebas
2017-07-09 14:40:20 CRI Cetak
Kumpulan 20 (G20) sebulat suara bersetuju untuk menyokong perdagangan bebas. Demikian maklum Canselor Jerman, Angela Merkel dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak G20 di Hamburg semalam.

Menurut Merkel, pemimpin G20 bersepakat untuk menyokong proses globalisasi, membuka pasaran, menentang amalan perlindungan perdagangan, membina sistem perdagangan antarabangsa yang stabil dan mendorong pelaburan rentas sempadan.

Bagaimanapun, pihak-pihak terlibat gagal mencapai konsensus mengenai Perjanjian Paris bagi menangani perubahan iklim berikutan penarikan diri AS daripada perjanjian berkenaan.

Pada waktu yang sama, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam sidang akhbar memaklumkan sidang kemuncak akan diadakan di Paris pada 12 Disember nanti untuk terus mendorong pelaksanaan perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China