Cari:
CRI, Media Mongolia Jalin Kerjasama
2017-07-09 15:40:04 CRI Cetak

Radio Antarabangsa China (CRI) menandatangani perjanjian kerjasama penyiaran drama China dengan Stesen Radio dan Televisyen Nasional Mongolia (MNB) di Ulan Bator semalam.

Perjanjian itu melibatkan penyiaran drama TV China yang diterjemahkan kepada bahasa Mongol.

Duta Besar China ke Mongolia, Xing Haiming dalam ucapannya pada majlis penandatanganan itu berkata, interaksi kebudayaan dan pertukaran di kalangan rakyat China dan Mongolia terus meningkat sering dengan perkembangan hubunga dua hala.

China merupakan negara gergasi dalam industri perfileman dan TV dengan lebih seribu karya dihasilkan setiap tahun. Melalui kerjasama ini, drama TV China yang dinanti-nantikan oleh penonton Mongolia bakal disiarkan di negara itu.

Presiden CRI, Wang Gengnian pula berkata bahawa drama TV China mendapat sambutan yang baik di kalangan penonton Mongolia. CRI bersedia mengambil peluang daripada penyiaran drama TV ini untuk memperkasakan kerjasama antara media kedua-dua negara.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China