Cari:
PBB Sokong Mekanisme Penyelesaian Konflik Timur Ukraine
2017-07-10 11:09:42 CRI Cetak

PBB menyokong sebarang mekanisme yang dapat membantu menyelesaikan konflik di Timur Ukraine seperti rundingan empat pihak "Normandy Format" antara Perancis, Jerman, Rusia dan Ukraine, serta model rundingan tiga pihak isu Ukraine antara Ukraine, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan Rusia.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko di Kiev semalam.

Menurut beliau, PBB akan terus berusaha untuk mendorong penyelesaian konflik di timur Ukraine.

Poroshenko pula berkata, PBB telah memberi sumbangan penting dalam penyelesaian konflik berkenaan, dan lebih 2.6 juta orang di kawasan konflik tersebut telah mendapat manfaat daripada projek bantuan kemanusian PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China