Cari:
Eksperimen Hidup 200 Hari di "Moon First"
2017-07-10 15:58:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Empat orang sukarelawan dari Universiti Aeroangkasa Beijing (BUAA) menyertai eksperimen untuk hidup dan bekerja di makmal kabin "Moon First" yang merupakan satu ruangan tertutup, selama 200 hari.

Pelancaran eksperimen itu diadakan di makmal "Moon First" BUAA di Beijing pada 9 Julai lalu.

Kumpulan sukarelawan itu merupakan yang kedua selepas kumpulan pertama memulakan eksperimen tertutup yang serupa pada 10 Mei lalu.

Eksperimen berkenaan dilaporkan berjalan lancar, dengan kesihatan sukarelawan dan operasi pelbagai mesin dan peralatan di kabin dalam keadaan baik.

Selain itu, penanaman kacang soya, gandum, ubi keladi serta tomato dan lada di dalam kabin "Moon First" juga menunjukkan perkembangan yang memuaskan pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China