Setakat malam hari itu, tiada konflik bersenjata dilaporkan di kawasan gencatan senjata berkenaan.
Menurut sumber tentera Syria, pihak kerajaan dan kumpulan militan pemberontak telah masing-masing melaksanakan gencatan senjata pada hari itu.
Situasi di wilayah Deraa, Qunaitera dan Sweida, tiga wilayah yang terlibat dalam gencatan senjata boleh dikatakan tenang dan stabil berbanding dengan wilayah lain.
Pada 7 Julai lalu, AS, Rusia dan Jordan mencapai satu perjanjian di Amman, ibu negara Jordan, yang menyokong pelaksanaan gencatan senjata di barat daya Syria.
Perjanjian itu bertujuan untuk menamatkan konflik dan memulihkan semula kestabilan serantau.