Cari:
140,000 Penduduk LA Terjejas
2017-07-10 10:56:30 CRI Cetak

Kira-kira 140,000 penduduk di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik selepas sebuah stesen pencawang di timur laut San Fernando Valley terbakar Sabtu lalu.

Kebakaran di stesen pencawang kawasan Northridge itu dipercayai bermula sekitar pukul 6.52 pagi waktu tempatan melibatkan peralatan yang membawa elektrik voltan tinggi untuk dibekalkan ke rumah-rumah dan premis di kawasan sekitarnya.

Jabatan Air dan Tenaga Los Angeles (LADWP) dalam satu kenyataan berkata, bekalan elektrik terpaksa ditutup bagi memudahkan pasukan bomba memadam kebakaran, menyebabkan kawasan Northridge, Winnetka, Reseda, Lake Balboa, Tarzana, North Hills, Granada Hills, Chatsworth, West Hills, Canoga Park dan Woodland Hills bergelap.

Menurut portal berita latimes.com, pasukan bomba bertungkus lumus mengawal api yang marak lebih 100 meter dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

sumber: Utusan Melayu

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China