Cari:
Kadar Sokongan Kabinet Abe Paling Rendah
2017-07-10 14:57:26 CRI Cetak

Kadar sokongan terhadap kabinet Shinzo Abe telah jatuh ke paras paling rendah sejak kabinet itu memulakan penggalnya pada penghujung 2012, menurut dapatan tinjauan pendapat umum terkini oleh beberapa media utama Jepun.

Sehubungan dengan itu, Abe semalam mengumumkan rancangan untuk merombak semula anggota kabinet dan partinya secepat mungkin pada bulan Ogos.

Menurut hasil tinjauan sebuah stesen TV Jepun pada 7 dan 9 Julai lalu, kadar sokongan terhadap kabinet Shinzo Abe jatuh untuk bulan ketiga berturut-turut, kali ini kepada 31.9% iaitu hampir 8% lebih rendah daripada tinjauan sebelumnya. Manakala, kadar tidak menyokong pula meningkat kepada 49.2%, naik 7.4% berbanding dulu.

Hasil tinjauan menerusi telefon oleh akhbar Mainichi Shinbun pada tarikh yang sama lebih optimistik bagi Abe, dengan kadar sokongan 33% dan kadar tidak menyokong 47%.

Tinjauan akhbar Yomiuri Shinbun pula meletakkan kadar sokongan pada 36% dan kadar tidak menyokong, 52%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China