Cari:
Pertemuan Trump, Putin di Jerman
2017-07-10 15:15:09 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin telah bertemu buat pertama kalinya semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, Jerman pada 7 Julai lalu.

Dalam pertemuan selama lebih dua jam itu, pembinaan zon peredaan konflik di Syria telah dibangkitkan, selain isu Ukraine yang turut menjadi perhatian.

Kedua-dua pihak berjanji untuk membuka saluran komunikasi bagi perunding isu Ukraine, berdasarkan rundingan empat pihak melibatkan Rusia, Ukraine, Jerman dan Perancis, dan atas usaha AS menggalakkan pelaksanaan perjanjian Minsk.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersependapat bahawa AS dan Rusia wajar bekerjasama untuk menangani krisis keselamatan siber memandangkan situasi yang semakin buruk di dunia.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mengumumkan bahawa AS, Rusia dan Jordan telah mencapai perjanjian untuk mewujudkan gencatan senjata di barat daya Syria.

Perjanjian itu disifatkan sebagai hasil kerjasama kerajaan AS dan Rusia, yang membuktikan dua negara itu boleh bergabung tenaga dalam isu Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China