Bilangan pelajar berdaftar di institusi pendidikan tinggi China terus meningkat dalam tempoh empat tahun lalu.
Menurut Statistik Pembangunan Pendidikan Negara 2016 yang dirumus oleh Kementerian Pendidikan China, kadar kemasukan ke institusi pendidikan tinggi di negara ini mencatat kira-kira 43% tahun lalu, suatu peningkatan hampir 13% berbanding 2012. Angka tersebut dijangka akan mencapai lebih 50% pada 2019.
Pada masa ini, jumlah enrolmen di pelbagai institut pendidikan tinggi seluruh China mencatat 36.99 juta manakala bilangan institusi pendidikan tinggi pula 2,880, berdasarkan laporan kementerian tersebut.