Cari:
AS Peraku USD1 Bilion FMS kepada Britain, Belanda
2017-07-11 14:40:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memperakui Penjualan Ketenteraan Asing (FMS) bernilai USD1.035 bilion (kira-kira RM10.44 bilion) dan USD58.30 juta (kira-kira RM250.54 juta)kepada Britain dan Belanda masing-masing.

Keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Kongres.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan pada 10 Julai lalu, FMS kepada Britain bertujuan untuk membantu negara itu memperhebat kemampuan untuk menangani cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh Britian.

Manakala, FMS kepada Belanda pula bertujuan membantu negara itu membangunkan dan mengekalkan keupayaan mempertahankan diri, yang dianggap sesuai dengan kepentingan negara AS.

Kedua-dua FMS tersebut dikatakan tidak akan mengubah keseimbangan ketenteraan di rantau berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China