Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin dalam pertemuan tertutup sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, Jerman pada 7 Julai lalu telah membincangkan isu sekatan yang dikenakan oleh AS terhadap Rusia kerana disyaki campur tangan dalam pilihan raya Presiden AS melalui saluran siber sebelum ini.
Demikian disahkan oleh Jurucakap White House, Sarah Sanders dalam sidang media pada 10 Julai lalu.
Sanders menegaskan bahawa perbincangan berhubung sekatan terhadap Rusia hanya menyebut demikian.
Pendirian AS untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia tidak berubah.