Cari:
Kolaj 'The Starring Night', Ciptaan Sepuluh Ribu Pelajar
2017-07-11 17:12:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pameran Lukisan Pelajar sebagai salah satu komponen 'Festival Kesenian Sekolah 2017' dianjurkan di bandar Binzhou, Provinsi Shandong pada 10hb Julai 2017.

Karya seni yang dihasilkan oleh seramai sepuluh ribu remaja dari 50 buah sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar dan luar bandar dipamerkan di Stadium Pusat Rekreasi Rakyat.

Yang paling menarik hati ialah satu kolaj gergasi yang diciptakan bersama-sama oleh hampir sepuluh ribu pelajar selama dua minggu. Kolaj itu berdasarkan 'The Starring Night' , lukisan ciptaan Vincent van Gogh yang terkenal.

Prosedur pembuatan kolaj itu adalah seperti berikut: membahagikan lukisan gergasi itu kepada ribuan bahagian yang kecil, seterusnya menugaskan para pelajar menghasilkan lukisan bahagian masing-masing, dan akhirnya menggabungkan tiap-tiap bahagian terbabit sebagai sebuah 'lukisan' yang lengkap di stadium.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China