Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengisytiharkan Mosul bebas daripada kawalan Daesh selepas kejayaan tentera kerajaan mengusir kumpulan militan itu dari bandar tersebut.
Dalam satu majlis ringkas di markas pasukan antikeganasan petang semalam, Haider menyampaikan ucapan tahniah diiringi penghargaan atas pengorbanan tentera Iraq yang bertumpah darah hampir sembilan bulan untuk membebaskan Mosul.
Beliau turut menggesa tentera dan rakyat Iraq bersatu padu dan terus berjuang untuk membebaskan bandar-bandar lain yang masih di bawah kawalan pengganas.
Selain sambutan di Mosul, kemenangan di bandar tersebut telah diraikan secara besar-besaran di beberapa bandar utama Iraq termasuk Baghdad.